3 Punca Utama Sakit Strok/Angin Ahmar

Tahukah anda bahawa strok adalah antara penyebab utama kematian dan kehilangan keupayaan bekerja di Malaysia? Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit strok dan kematian akibatnya. Data statistik Hospital Kuala Lumpur sahaja mencatatkan 30% hingga 35% daripada 1000 kes strok yang tidak dirawat menyebabkan kematian.
 
Saban tahun, lebih 50,000 kes baru berkaitan strok atau angin ahmar direkodkan di Malaysia dan ianya terus meningkat dari tahun ke tahun. Strok juga dilaporkan sebagai pembunuh ke-3 rakyat Malaysia dan angka ini sangat membimbangkan.
 
Antara faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit strok secara umumnya mempunyai dua jenis faktor. Iaitu faktor yang tidak boleh dielak dan faktor yang boleh dielak. Antara faktor risiko yang tidak boleh dielak oleh pesakit strok adalah seperti : 
 
1. Umur – Semakin meningkat umur individu tersebut, semakin tinggi risiko untuk menghidap penyakit strok. 
2. Jantina – Kes strok atau angin ahmar lebih banyak terjadi dikalangan wanita berbanding lelaki.
3. Sejarah keluarga – Risiko strok akan semakin bertambah disebabkan isu kesihatan genetik sakit warisan, seperti tekanan darah tinggi.
 
80%  punca berlaku strok boleh dikenal pasti dan diubah, iaitu seperti berikut :
  • Darah tinggi yang tidak terkawal.
  • Kencing manis yang tidak terkawal.
  • Tidak melakukan senaman yang cukup iaitu sekurang-kurangnya adalah 30 minit atau lima kali seminggu.
  • Tidak mengamalkan pemakanan yang sihat iaitu kurang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang cukup.
  • Pengambilan makanan berkolesterol tinggi, garam dan manisan yang berlebihan.
  • Kerap mengambil minuman beralkohol.
  • Kerap merokok dan mengambil dadah terlarang.
  • Tidak mendapatkan rawatan pemfibrilan atrium dan lemah jantung.
  • Berat badan yang berlebihan dan obesiti.
Rawatan pasca serangan strok sangat penting kerana ia boleh mengembalikan kemampuan seseorang pesakit untuk berdikari dalam urusan seharian tanpa bergantung kepada bantuan orang lain. Pesakit strok juga wajib mendapatkan rawatan yang cepat dan mengikuti proses rehabilitasi dalam tempoh enam bulan hingga 1 tahun yang pertama tanpa berlengah kerana mereka mampu untuk pulih sepenuhnya seperti sedia kala, dan kelewatan proses rawatan akan menghilangkan kemampuan mereka.
 
Di PhysioCare, kami menawarkan rawatan terapi dan rehabilatasi berkonsepkan manual hands-on. Yang mana kaedah rawatan ini terbukti membantu mempercepatkan proses penyembuhan pesakit strok kepada keadaan yang normal. Dapatkan khidmat konsultasi dari terapi pakar kami secara PERCUMA. Untuk memahami dengan lebih lanjut;

Hubungi kami segera :
Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.my