6 Cara Rawat Sakit Buku Lali.

Apakah cara terbaik untuk merawat sakit pada buku lali ? Disini, kami kongsikan dengan anda 6 cara terbaik untuk memulihkan buku lali yang sakit.
 
  1. Rehatkan kaki – Rehatkan kaki anda dengan elakkan dari melakukan sebarang aktiviti berat. Gunakan alat untuk menyokong anggota yang tercedera seperti tongkat dan kerusi roda.
  2. Tuam ais – Bagi mengawal dan mengurangkan bengkak pada buku lali anda, penggunaan ais sangat membantu dengan menuamnya disekitar buku lali. Sebagai langkah penjagaan juga, elakkan dari meletakkan ais secara langsung pada kulit (sebaiknya gunakan pek ais) dan elakkan juga dari meletakkan ais lebih daripada 20 minit pada satu-satu masa.
  3. Balut – Balutan bandage boleh membantu mengawal bengkak dan mengurangkan pergerakan yang menyakitkan serta menyokong kecederaan yang dialami. Tekanan dari balutan tersebut membantu dalam mengurangkan kesan kesakitan.
  4. Ampu kaki tercedera – Baring dan rehatkan kaki anda pada paras yang lebih tinggi daripada jantung anda. Sebagai contoh, bahagian kaki yang sakit boleh diampu dengan meletakkan diatas bantal atau digantung.
  5. Elektrik – Ransangan dengan elektrik yang berdenyut turut boleh digunakan untuk merawat kesakitan. Ia dapat membantu meningkatkan peredaran darah, kemudian turut meningkatkan proses penyembuhan dan mengurangkan bengkak atau ketidakselesaan pada buku lali.
  6. Rawatan Fisioterapi – Jika kesakitan dan bengkak yang dialami semakin serius dan berpanjangan. Ia menunjukkan bahawa kecederaan yang dialami agak parah. Anda dinasihatkan untuk dapatkan rawatan segera terutama jika anda mengalami kebas-kebas jari, sendi terkehel, kelumpuhan dan luka.
Di PhysioCare, kami menawarkan rawatan terapi dan rehabilatasi berkonsepkan manual hands-on. Pesakit yang mengalami sindrom diatas, boleh dirawat dengan proses rawatan yang konsisten & teratur. Dapatkan khidmat konsultasi dari pakar terapi kami secara PERCUMA. 
 
Hubungi kami segera!
 
Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.my