7 Gejala Awal Cerebral Palsy

Cerebral Palsi  adalah gangguan kebolehan mengawal kedudukan dan pengaktifan badan disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang. Ia juga bukan merupakan sejenis penyakit yang tidak bersifat progresif.  Kebarangkalian untuk ia terjadi adalah pada 1-2 daripada 1,000 bayi, tetapi lebih 10 kali ganda sering berlaku melibatkan bayi pramatang dan juga kepada bayi yang tidak cukup berat badan ketika lahir.
 
Cerebral Palsi biasanya terjadi disebabkan oleh kecederaan otak ketika:
  • Bayi masih berada didalam kandungan.
  • Proses persalinan berlaku.
  • Bayi baru lahir.
  • Anak yang berumur kurang dari 5 tahun.
 
Punca utama penyebabnya Cerebral Palsi berlaku masih lagi tidak diketahui secara jelas. Namun 10-15% terjadi akibat kecederaan ketika lahir dan kekurangan aliran darah ke otak sebelum, semasa dan setelah bayi lahir. Bayi pramatang sangat berisiko tinggi mendapat CP, kerana saluran darah ke otak masih lagi belum berkembang secara sempurna dan sangat mudah mengalami perdarahan atau kerana tidak dapat mengalirkan oksigen dalam jumlah yang mencukupi ke otak.
 
Cedera otak disebabkan oleh:
  • Kadar bilirubin yang tinggi di dalam darah sering ditemui pada bayi baru lahir.
  • Penyakit serius pada tahun pertama kehidupan bayi.
 
Gejala Cerebral Palsi biasanya timbul sebelum bayi berumur 2 tahun dan pada kes yang teruk, boleh dikesan pada seawal umur 3 bulan. Gejalanya pula berbeza, perubahan dari kejanggalan yang tidak nyata sehingga tahap yang berat, yang menyebabkan perubahan bentuk tangan dan kaki sehingga pesakit terpaksa memakai kerusi roda. Antara simptom-simptom yang lain adalah termasuk:
 
  • Lambat tumbesaran- sebagai contoh, anak yang berumur 8 bulan masih tidak boleh duduk atau tidak boleh berjalan walaupun usia mencecah 18 bulan.
  • Anak kelihatan terlalu keras atau lembik.
  • Lemah otot tangan dan kaki.
  • Pergerakan anak sering gelisah, tersentak-sentak dan kekok.
  • Pergerakan yang rawak dan tidak terkawal.
  • Berjalan secara menjengket.
  • Masalah-masalah lain seperti masalah untuk menelan, masalah bercakap, masalah untuk melihat dan masalah pembelajaran.
 
Di PhysioCare, kami menawarkan rawatan terapi dan rehabilatasi berkonsepkan manual hands-on. Pesakit yang mengalami sindrom tersebut, boleh dirawat dan dipulihkan seperti sedia kala dengan rawatan yang berterusan. Dapatkan khidmat konsultasi dari terapi pakar kami secara PERCUMA. Untuk memahami dengan lebih lanjut.
 
 
Hubungi kami segera :
Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.my