7 Petanda Awal Gout.

Gout adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh berlebihan asid urik di dalam badan.
Apabila asid urik yang berlebihan tersebut tidak dapat dibuang, ia akan berkumpul di dalam sendi dan menyebabkan berlakunya keradangan & bengkak pada sendi.
 
Penyakit ini sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun, dan ianya jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum mereka putus haid atau monopos.
 
Gejala Penyakit Gout
 
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Di PhysioCare, kami menawarkan rawatan terapi dan rehabilatasi berkonsepkan manual hands-on. Pesakit yang mengalami komplikasi melibatkan sendi, otot dan tulang, boleh dirawat dengan proses rawatan yang konsisten & teratur. Dapatkan khidmat konsultasi dari pakar terapi kami secara PERCUMA.
 
Hubungi kami segera!
 
Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.my