7 Tips Ergonomik Untuk Diamalkan.

7 Tips Ergonomik Untuk Anda Amal & Praktikkan.
 
  1. Postur Badan Yang Baik – Ketika anda melakukan kerja, pastikan kedudukan postur badan anda berada dalam keadaan yang betul dan tidak memberi tekanan kepada tulang dan otot belakang badan anda. Ingat, kedudukan yang selesa tidak semestinya kondisi yang betul.
  2. Ubah Rutin – Melakukan kerja atau aktiviti yang berulang dalam tempoh masa yang lama adalah tidak bagus. Anda boleh bergerak dan lakukan sedikit aktiviti regangan otot setiap 30 minit untuk merehatkan otot anda.
  3. Angkat Beban Guna Lutut – Terlalu ramai orang kerap melakukan kesilapan ketika mengangkat barang, dengan menggunakan pinggang sebagai fulkrum. Kondisi yang betul sepatutnya adalah menggunakan lutut sebagai otot utama dalam mengangkat barang.
  4. Kerusi Ergonomik – Tak dinafikan kerusi yang ergonomik sedikit mahal berbanding kerusi yang biasa. Namun percayalah, kos perubatan untuk pesakit slip-disk jauh lebih mahal berbanding dengan kerusi tersebut. Laburlah sedikit wang untuk kesenangan anda dikemudian hari.
  5. Kedudukan Komputer Yang Betul – Papan kekunci dan “mouse” perlu berada sama aras dengan tangan anda kemudian disokong oleh penyokong lengan sebaiknya. Sekali-sekala, cuba ubah stesen kerja anda dengan kedudukan berdiri sambil menyandar.
  6. Jaga Penglihatan – Bekerja menggunakan komputer memang sangat memenatkan khususnya kepada mata kita. Ubah kecerahan monitor anda yang bersesuaian dan juga jarakkan kedudukan monitor tersebut. 
  7. Bertenang & Rehat – 9 jam waktu bekerja bukanlah bermakna kita perlu fokus semata-mata untuk kerja. Sebagai manusia biasa, rehat 1 jam sahaja tidak mencukupi. Jadi ambilkan sedikit masa untuk bertenang sebentar dari fokus terus pada tugas. Ia juga boleh membantu mengurangkan stres.
Anda kerap rasa sakit-sakit badan, tulang belakang dan lutut? Sudah sampai masanya untuk dapatkan nasihat dari yang pakar. Di PhysioCare, kami menawarkan rawatan terapi dan rehabilatasi berkonsepkan manual hands-on. Pesakit yang mengalami sindrom melibatkan sendi, otot dan tulang, boleh dirawat dengan proses rawatan yang konsisten & teratur. Dapatkan khidmat konsultasi dari pakar terapi kami secara PERCUMA. 
 
Hubungi kami segera!
 
Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.my