Adakah Pesakit Strok Boleh Sembuh?

Adakah pesakit strok boleh sembuh?
 
Jawapan kepada soalan ini adalah mungkin boleh dan mungkin juga tidak.
Perlu faham bahawa proses penyembuhan setiap orang adalah berbeza. Ada yang cepat, ada yang sedikit lewat. Malah mungkin ada juga yang tidak mampu sembuh sepenuhnya dan kembali normal kerana bahagian otak yang terjejas terlalu kronik. Ini ditambah pula dengan penyakit-penyakit lain seperti kencing manis, penyakit jantung dan darah tinggi.
 
Serangan strok berlaku kerana sel-sel otak tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Keadaan ini berlaku disebabkan pembuluh darah di dalam otak pecah atau tersumbat. Kesannya, sel-sel tersebut akan kebuluran dan mungkin mati.
 
Berapa lama masa yang diambil?
 
Ini sangat bergantung kepada individu tersebut. Boleh jadi sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Namun apa yang pasti, semakin cepat rehabilitasi dimulakan, semakin cepat pesakit tersebut boleh pulih. Namun begitu, doktor akan memastikan kondisi sebenar pesakit stabil terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang proses rehabilitasi.
 
Antara perkara yang termasuk dalam proses rehabilitasi ini adalah:
  • Aktiviti fizikal – senaman skil motor, latihan bergerak, terapi julat pergerakan sendi.
  • Bantuan teknologi – rangsangan elektrik, teknologi robotik.
  • Aktiviti kognitif dan emosi – terapi kognitif, komunikasi, psikologi, ubat-ubatan psikiatri
Di PhysioCare, kami menawarkan rawatan terapi dan rehabilatasi berkonsepkan manual hands-on. Pesakit yang mengalami sindrom tersebut, boleh dirawat dengan proses rawatan yang berterusan. Dapatkan khidmat konsultasi dari terapi pakar kami secara PERCUMA. 
 
Untuk memahami dengan lebih lanjut.
 
Hubungi kami segera :
Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.my