Adakah Saya Perlukan Fisioterapi?

Masih ramai yang salah anggap berkenaan rawatan fisioterapi, dimana mereka menganggap mereka yang mengalami masalah strok atau kehilangan anggota badan dan juga ahli sukan yang tercedera sahaja yang memerlukan rawatan tersebut. Anggapan ini salah sama sekali kerana terlalu banyak faktor yang membolehkan untuk dirawat melalui fisioterapi. Sekiranya anda mengalami salah satu simptom dibawah, sudah sampai masanya untuk anda tempah temujanji bersama pakar fisioterapi.
 
  1. Kekejangan atau kesakitan pada otot.
  2. Lemah otot dan sendi.
  3. Sakit belakang dan leher.
  4. Sakit muskoskeletal yang khusus seperti Sindrom Carpal Tunnel.
  5. Pergerakan sendi yang terhad.
  6. Masalah dengan gaya berjalan.
  7. Masalah pelvis seperti pundi kencing dan usus yang berkaitan dengan melahirkan anak.
  8. Masalah pergerakan berikutan penyakit saraf seperti Parkinson dan Arthritis.
  9. Simptom berkaitan penjagaan paliatif seperti lesu.
Setiap pesakit mempunyai kerisauan yang berbeza dan ianya bergantung pada tahap yang memerlukan penjagaan serta rawatan yang bersesuaian. Tanpa rawatan yang sesuai dan mencukupi, kesakitan dan ketidakselesaan boleh mengganggu aktiviti seharian pesakit dan berpotensi untuk mengehadkan pergerakan mereka.
 
Di PhysioCare, kami menawarkan rawatan terapi dan rehabilatasi berkonsepkan manual hands-on. Pesakit yang mengalami sindrom diatas, boleh dirawat dengan proses rawatan yang konsisten & teratur. Dapatkan khidmat konsultasi dari pakar terapi kami secara PERCUMA. 
 
Hubungi kami segera!
 
Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.my

Leave a Comment

Your email address will not be published.

×

Powered by WhatsApp Chat

× Hi! How can we help you?