Alami Sakit Tengkuk?

Sakit tengkuk adalah rasa sakit yang dialami pada mana-mana bahagian leher dan boleh melibatkan bahagian bahu, kepala dan muka. Ianya kerap sekali terjadi kepada mereka yang bekerja dipejabat dan berada di kedudukan yang sama dalam tempoh masa yang lama.
Sakit tengkuk juga boleh berkemungkinan berpunca daripada otot, tendon, fascia, bursa, capsul, ligaments, disc, saraf dan dura.
 
Apakah faktor penyebab sakit tengkuk adalah :
  • Postur yang tidak baik.
  • Ketidakseimbangan otot.
  • Kekurangan stabiliti otot tengkuk.
  • Kecederaan whiplash.
Faktor risiko menyebabkan sakit tengkuk kebanyakannya disebabkan oleh faktor mekanikal. Ia punca daripada kerja yang di lakukan dan persekitaran tempat bekerja.
 
Sakit tengkuk ini boleh dirawat khususnya melalui rawatan fisioterapi, dan objektifnya adalah:
  1. Untuk mengurangkan sakit dan inflamasi.
  2. Untuk menguatkan otot leher.
  3. Untuk mengekalkan julat pergerakan leher dan kepala.
  4. Untuk meningkatkan julat pergerakan leher dan kepala.
  5. Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti harian secara maksimum tanpa rasa sakit.
  6. Untuk meningkatkan kesedaran pesakit tentang kondisi dan cara pengendaliannya.
 
Gejala Sindrom Sakit Tengkuk  :
  • Ketegangan/ kekerasan otot leher.
  • Kekurangan julat pergerakan sendi leher.
  • Kesakitan sendi leher.
  • Sakit di bahgian belakang kepala/leher.
  • Sakit di bahagian  torasik, bahu, dan/atau rahang.
 
Bagaimana Untuk Mencegah Sakit Tengkuk?
  • Pastikan amalan postur yang betul semasa duduk, berdiri, bekerja dan ketika melakukan aktiviti harian.
Semasa baring :
  • Pilih bantal yang sederhana tinggi untuk merehatkan tulang dan otot leher.
  • Digalakkan supaya tidak tidur dalam posisi meniarap agar dapat mengelakkan tengkuk berada dalam kedudukan ‘rotation and lateral flexion’ untuk jangka masa yang lama.
  • Pastikan mekanisma senaman regangan untuk bahagian leher dilakukan secara berjadual untuk mencapai perkembangan yang optima.
  • Rehatkan otot leher setelah lama berkerja dengan komputer atau kerja pejabat yang lain.
  • Pastikan melakukan pergerakan leher secara perlahan.
 
Di PhysioCare, kami menawarkan rawatan terapi dan rehabilatasi berkonsepkan manual hands-on. Pesakit yang mengalami sindrom tersebut, boleh dirawat dan dipulihkan seperti sedia kala dengan rawatan yang berterusan. Dapatkan khidmat konsultasi dari terapi pakar kami secara PERCUMA. Untuk memahami dengan lebih lanjut.
 
 
Hubungi kami segera :
Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.my