Apa itu Carpal Tunnel Syndrome?

Carpal Tunnel Syndrome (CTS) adalah merupakan kesakitan pada Saraf Median akibat tekanan yang berpanjangan. 
 
Bagaimana Carpal Tunnel Syndrome berlaku?
  • Majoritinya adalah disebabkan oleh pergerakan sama yang berpanjangan dan berterusan, postur yang salah, tekanan berlebihan yang menekan pada permukaan keras, dan gegaran yang berterusan. Akibatnya, tendon pada kawasan terlibat akan menjadi bengkak dan menekan pada saraf Median dan ini menjurus kepada kesakitan dan kekebasan akan berlaku pada pergelangan yang terlibat.
Apakah gejala Carpal Tunnel Syndrome?
Anda akan berasa sakit di pergelangan tangan,  kemudian ianya meningkat pada waktu malam dan mengganggu tidur. Malahan kadang-kala sakit tersebut akan turut dirasai pada waktu pagi dan  semasa melakukan aktiviti harian seperti menulis, menaip dan mengemas rumah.
 
Bagaimana untuk menguji berlakunya Carpal Tunnel Syndrome?
Anda boleh cuba sendiri dengan memberikan tekanan yang tidak terlalu kuat dibahagian pergelangan tangan dan berasa sakit yang perit.
 
Adakah boleh untuk sembuh dari Carpal Tunnel Syndrome?
Risiko Carpal Tunnel Syndrome dapat dielak dan implikasinya dapat dikurangkan dengan rawatan fisioterapi seperti berikut:
 
Rawatan secara pasif :
  • Pain relief
  • Modaliti haba, sejuk dan pulsed ultrasound terbukti berkesan bagi mengurangkan kesakitan.
  • Splin.
  • Pemakaian night splint akan dapat mengurangkan simptom semasa tidur.
  • Pemakaian working splint membantu untuk mengurang simptom semasa melakukan kerja-kerja seharian.
  • Teknik Terapi Manual (Urutan dan Taping).
  • Urutan Transverse friction terbukti berkesan secara cepat dan berkala. 
  • Taping turut membantu di dalam pengurangan sakit Carpal Tunnel Syndrome.
  1. Rawatan secara aktif : Senaman regangan
Kesimpulannya:
  • Carpal Tunnel Syndrome selalunya boleh dirawat dan sembuh seperti sedia kala. Majoriti mereka yang mengalami sindrom ini adalah disebabkan ketika bekerja, dan kami menasihatkan anda untuk berehat seketika semasa bekerja bagi mengurangkan ketidakselesaan muskuloskeletal. Malahan Jabatan Kesihatan & Keselamatan Pekerja turut menasihatkan seperti berikut bagi mengurangkan risiko berlakunya sindorm:
  • Lakukan regangan jari, tangan dan lengan dengan kerap dan berkala.
  • Rehat seketika dan berkala.
  • Berehat, berdiri dan berjalan setempat secara berkala.
  • Kerap menukar kerja berkomputer dengan bukan berkomputer apabila berkesempatan.
  • Lakukan perubahan pada susun atur tempat kerja.
 Di PhysioCare, kami menawarkan rawatan terapi dan rehabilatasi berkonsepkan manual hands-on. Pesakit yang mengalami sindrom tersebut, boleh dirawat dan dipulihkan seperti sedia kala dengan rawatan yang berterusan. Dapatkan khidmat konsultasi dari terapi pakar kami secara PERCUMA. Untuk memahami dengan lebih lanjut.
 
Hubungi kami segera :
Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.my