Apa Itu Kecederaan ACL.

Ligamen anterior cruciate atau lebih dikenali sebagai Anterior Cruciate Ligament (ACL) adalah salah satu dari 4 ligamen yang diperlukan untuk kestabilan sendi lutut. ACL terbentuk dari fiber yang kuat dan ianya berfungsi untuk mengawal pergerakan sendi lutut yang melampau dengan menghadkan pergerakkan tersebut. Ia turut membantu dari mengelakkan hyperektensi kepada lutut.
 
Antara salah satu kecederaan yang kerap berlaku pada sendi lutut seseorang individu itu adalah, terkehel ataupun terseliuh. Daripada 4 ligamen yang utama di lutut, kecederaan pada ACL akan menyebabkan kelemahan pada sendi lutut yang sangat ketara.
 
Bagaimana Fisioterapi boleh membantu?
Rawatan fisioterapi yang betul akan dapat membantu untuk:
  • Mengurangkan rasa sakit dan inflamasi.
  • Mengembalikan julat pergerakan lutut.
  • Menguatkan otot-otot bahagian pinggul, lutut dan kaki.
  • Memperbetulkan kedudukan patellofemoral (knee cap).
  • Menambahbaik proprioception, ketangkasan dan keseimbangan.
  • Menambahbaik teknik dan fungsi seperti berjalan, berlari, bercangkung, melompat dan menapak.
  • Mengurangkan risiko tercedera semula.
Di PhysioCare, kami menawarkan rawatan terapi dan rehabilatasi berkonsepkan manual hands-on. Pesakit yang mengalami komplikasi melibatkan sendi, otot dan tulang, boleh dirawat dengan proses rawatan yang konsisten & teratur. Dapatkan khidmat konsultasi dari pakar terapi kami secara PERCUMA. 
 
Hubungi kami segera!
 
Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.my