
Sciatica adalah merujuk kepada keadaan sakit belakang yang mana disebabkan oleh masalah pada saraf sciatica. Saraf ini merupakan saraf besar yang bermula dari bahagian bawah belakang badan sehinggalah ke bahagian betis. Apabila berlaku sesuatu yang mencederakan atau memberi tekanan kepada saraf tersebut, ia akan menyebabkan rasa sakit belakang yang akan tersebar ke pinggul, punggung dan kaki. Namun begitu, 90% individu yang mengalami sakit ini boleh sembuh tanpa perlu melalui proses pembedahan.
Gejala Sakit Sciatica
- Sakit sengal di bahagian punggung.
- Kesakitan kaki radikular di kawasan “lumbosacral”
- Rasa kebas dan lemah otot.
- Kesukaran cara berjalan.
- Kerosakan dan gangguan sensori.
- Rasa panas dan sejuk atau kesemutan atau rasa sensasi terbakar di kaki.
- Kerosakan refleks.
Bagaimana Merawat Sciatica ?
Sekiranya pesakit mengalami gejala ringan dan tidak berpanjangan selama lebih dari 4 hingga 8 minggu, ia diklasifikasikan sebagai sciatica akut dan tidak memerlukan perhatian rapi. Namun, jika kesakitan tersebut tidak bertambah baik walaupun telah mengambil langkah penjagaan diri. Maka, doktor akan menasihatkan pesakit untuk dapatkan rawatan ubat, terapi fizikal, suntikan steroid ataupun pembedahan.
Di PhysioCare, kami menawarkan rawatan terapi dan rehabilatasi berkonsepkan manual hands-on. Pesakit yang mengalami komplikasi melibatkan sendi, otot dan tulang, boleh dirawat dengan proses rawatan yang konsisten & teratur. Dapatkan khidmat konsultasi dari pakar terapi kami secara PERCUMA.
Hubungi kami segera!
WhatsApp : https://wa.link/ma1w2w
Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.my