Bagaimana Rawatan Akupuntur Membantu Pesakit?

3 Manfaat Utama Western Acupuncture/Dry Needling
 
Western Acupuncture ataupun Dry Needling adalah rawatan yang menggunakan jarum yang sangat halus ke titik pencetus atau otot ketat badan peaskit. Tujuan utama rawatan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kadar penyembuhan tisu dan memulihkan fungsi otot. Western Acupuncture diketahui dapat membantu mengurangkan :

  • Kesakitan / ketegangan belakang badan.
  • Sakit leher.
  • Sakit Siku/Tennis Elbow.
  • Migrain.
  • Masalah tulang belakang.
  • Masalah sakit sendi.
  • Sciatica.
Apa yang menjadikan Western Acupuncture sebagai kaedah yang berkesan untuk mengurangkan kesakitan di kawasan tertentu badan adalah mensasarkan ke titik pencetus. Sekiranya pesakit sedang menderita sakit bahu atau leher, ahli terapi akan memasukkan jarum ke titik pencetus yang telah dikenal pasti. Jarum tersebut akan membantu mengurangkan ketegangan, keradangan, bahan kimia, dan tekanan pada otot yang menyebabkan kesakitan. Hasilnya pula akan melancarkan lagi pergerakan dan melegakan kesakitan.
 
Proses ini juga didapati dapat membantu melancarkan pergerakan secara keseluruhan. Sekiranya anda adalah seorang atlet yang selalu bergerak, kebolehan pergerakan yang lancar dan kebolehan gerakan adalah kunci utama kejayaan anda. Sebagai contoh, anda adalah seorang pemain badminton, dengan kekerapan memukul bulu tangkis, anda telah memberikan banyak tekanan di bahu anda. Western Acupuncture dapat membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian tersebut dan meningkatkan lagi fungsi keseluruhan bahu sehingga anda tidak akan merasa tidak selesa di bahu atau mendapat kecederaan yang lain.
 
Sekiranya anda mengalami kecederaan, antara perkara yang memeritkan adalah proses pemulihan yang mengambil masa yang lama. Terdapat beberapa kecederaan yang memerlukan tempoh pemulihan yang lebih lama daripada yang lain. Dengan rawatan menggunakan Western Acupunture, pesakit mampu sembuh dan berkurang rasa sakit dengan kadar yang cepat.
 
Di PhysioCare, kami turut menawarkan Rawatan Western Acupunture sebagai salah satu proses untuk merawat para pesakit kami. Dapatkan khidmat konsultasi dari terapi pakar kami secara PERCUMA. Untuk memahami dengan lebih lanjut.
 
Hubungi kami segera :
Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.my