Bagaimana Sakit Lutut Berlaku?

Lutut yang sakit terutamanya ketika berjalan atau melakukan aktiviti lasak dan disertai dengan bunyi adalah tanda-tanda individu itu mengalami osteoartritis (OA). Osteoartritis merupakan penyakit sendi kronik yang berlaku akibat daripada kerosakan pada tulang rawan. Keadaan ini juga akan menyebabkan sendi tersebut menjadi sakit, bengkak dan pergerakannya juga terbatas. Osteoartritis boleh berlaku pada mana-mana bahagian sendi tetapi ianya lebih kerap berlaku pada sendi lutut, sendi pinggul dan juga pergelangan kaki.
 
Bagaimanakah osteoarthritis ini berlaku?
 
Osteoartritis terjadi apabila berlaku kehausan pada bahagian tulang rawan yang disebabkan oleh proses ‘degenerative’ atau ‘wear and tear’. Kehausan pada tulang rawan ini kemudian diikiuti dengan penyempitan ruang sendi serta kekeringan cecair sendi dimana ia akan menyebabkan geseran berlaku di antara tulang-tulang yang membentuk sendi tersebut dan menghasilkan bunyi ‘crepitus’ yang boleh didengari ketika pergerakan sendi.
 
Antara gejala sindrom Osteoartritis adalah seperti:
  • Sakit pada bahagian sendi.
  • Sendi menjadi kaku.
  • Bengkak pada sendi.
  • Kesukaran untuk berjalan.
  • Otot-otot disekeliling sendi mengecut.
  • Sendi menjadi bengkok.
  • Bunyi geseran ketika pergerakan sendi.
  • Ketidakstabilan pada bahagian sendi.
 
Faktor yang boleh dielak dari berlaku adalah seperti:
  • Kurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Sejarah kecederaan pada bahagian sendi.
  • Kelainan anatomi, ‘deformity’ atau ‘malalignment’ pada bahagian sendi.
Sekiranya faktor-faktor risiko di atas dapat dikenalpasti awal dan dielak, maka penyakit osteoartritis ini boleh dilewatkan dan dirawati.
 

Apakah rawatan untuk pulih dari penyakit ini? 

 
Secara umumnya rawatan untuk penyakit Osteoartritis terbahagi kepada tiga kategori iaitu rawatan ubatan serta fisioterapi, suntikan intra-artikular serta rawatan pembedahan. Rawatan ubatan seperti ubat penahan sakit, ubat anti radang dan supplement seperti Glucosamine dan Chondroitin serta rawatan fisioterapi dapat membantu untuk mengurangkan kesakitan pada peringkat awal.
 
Di PhysioCare, kami menawarkan rawatan terapi dan rehabilatasi berkonsepkan manual hands-on. Pesakit yang mengalami sindrom tersebut, boleh dirawat dan dipulihkan seperti sedia kala dengan rawatan yang berterusan. Dapatkan khidmat konsultasi dari terapi pakar kami secara PERCUMA. Untuk memahami dengan lebih lanjut.
 
 
Hubungi kami segera :
Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.my