Kenali Rawatan Bekam Dinamik

5 Manfaat Bekam Dinamik

Berbekam adalah salah satu kaedah perubatan alternatif yang telah lama dipraktikkan dan rawatan ini mempunyai banyak kebaikan yang tersendiri. Antara potensi kebaikan berbekam pada kesihatan seseorang adalah seperti berikut :

 
  1. Melancarkan aliran darah.
  2. Melegakan penyakit-penyakit reumatik/sendi kronik.
  3. Rawatan sampingan tekanan darah tinggi.
  4. Mengurangkan tekanan/stres.
  5. Membantu mengurangkan tekanan otot dan badan.
 
Di pusat rawatan PhysioCare, kami menggunakan kaedah bekam dinamik kerana ianya lebih selamat dan praktikal dalam proses rawatan, malahan turut terbukti secara saintifik. Secara asasnya, bekam dinamik adalah proses dimana perawat akan menyapu minyak urut ke serata tubuh badan. Kemudian bekam tersebut akan digerakkan ke seluruh bahagian tubuh badan dan pesakit akan diminta untuk melakukan gerakan untuk proses rawatan.
 
Sekiranya anda ingin melakukan rawatan bekam, pastikan anda memilih pusat rawatan yang bertauliah, bersih, selamat dan berpengalaman. Di pusat terapi PhysioCare, para perawat kami yang teliti akan memastikan alatan yang digunapakai ketika sesi berbekam dibersihkan dan disanitasi bagi mengelakkan sebarang jangkitan kepada pesakit.
 
============================
 
Hubungi kami segera :
 
Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.my