Pernahkah anda berjalan, berlari, atau bersukan dan tiba-tiba buku lali anda terasa sakit dan bengkak? Itu mungkin tanda buku lali terseliuh, atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai ankle sprain. Ramai yang anggap masalah ini kecil dan akan pulih sendiri tapi hakikatnya, jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh menyebabkan kecederaan berulang, ketidakstabilan sendi, dan sakit kronik. Di PhysioCare, kami pakar dalam merawat masalah sendi dan otot, termasuklah kecederaan seperti buku lali terseliuh. Melalui rawatan fisioterapi yang tepat, anda bukan sahaja boleh pulih lebih cepat, malah dapat elak komplikasi jangka panjang.
Apa Itu Buku Lali Terseliuh?
Buku lali terseliuh berlaku apabila ligamen di sekitar sendi pergelangan kaki tertarik melebihi had normal atau terkoyak akibat pergerakan mengejut seperti tersilap langkah, tersadung, atau mendarat dengan posisi kaki yang salah.
Ligamen ialah tisu kuat yang menyambungkan tulang dengan tulang. Bila ia tercedera, sendi kehilangan kestabilan dan menyebabkan rasa sakit, bengkak, serta kesukaran berjalan.
Tahap-Tahap Kecederaan Buku Lali Terseliuh
- Tahap 1 (Ringan):
Ligamen diregang sedikit tanpa koyakan. Rasa sakit ringan dan masih boleh berjalan. - Tahap 2 (Sederhana):
Terdapat koyakan separa pada ligamen. Bengkak dan lebam mula muncul, dan pergerakan terhad. - Tahap 3 (Serius):
Ligamen terkoyak sepenuhnya. Buku lali tidak stabil, bengkak teruk, dan sukar untuk memijak.
Tanda-Tanda Buku Lali Terseliuh
Antara simptom biasa yang anda perlu perhatikan termasuk:
- Bengkak dan lebam di sekitar buku lali
- Kesakitan bila berjalan atau berdiri
- Rasa longgar atau tidak stabil pada sendi
- Sukar menggerakkan kaki
- Rasa berdenyut atau panas di kawasan cedera
Kalau anda alami tanda-tanda ini, jangan tunggu lama. Rawatan awal di PhysioCare boleh membantu mengelakkan masalah menjadi lebih teruk.
Punca-Punca Buku Lali Terseliuh
Antara sebab utama berlakunya kecederaan ini ialah:
- Tersalah langkah atau terjatuh ketika berjalan di permukaan tidak rata
- Aktiviti sukan seperti futsal, badminton, atau bola sepak
- Kasut yang tidak sesuai atau tumit tinggi
- Otot lemah atau kurang fleksibel di sekitar pergelangan kaki
- Kecederaan lama yang tidak dirawat sepenuhnya
Rawatan Buku Lali Terseliuh di PhysioCare
Di PhysioCare, setiap pesakit akan melalui penilaian menyeluruh oleh ahli fisioterapi bertauliah. Kami akan mengenal pasti tahap kecederaan dan menetapkan pelan rawatan yang disesuaikan untuk mempercepatkan pemulihan anda.
1. Penilaian dan Diagnosis
Ahli fisioterapi akan menilai pergerakan, tahap bengkak, dan lokasi kesakitan bagi menentukan sama ada ligamen terkoyak separa atau penuh.
2. Rawatan Manual Therapy
Melalui teknik seperti mobilisasi sendi dan urutan tisu lembut, fisioterapi membantu melancarkan peredaran darah dan mengurangkan ketegangan otot.
3. Rawatan Modaliti (Electrotherapy / Ultrasound / Cold Therapy)
Kaedah ini digunakan untuk mengurangkan bengkak dan mempercepatkan proses penyembuhan tisu yang cedera.
4. Latihan Pemulihan (Rehabilitation Exercise)
Selepas kesakitan berkurang, pesakit akan diajar latihan khas untuk menguatkan otot dan ligamen sekitar buku lali bagi mengelak kecederaan berulang.
5. Panduan dan Pencegahan
Ahli fisioterapi PhysioCare akan tunjukkan cara berjalan, berdiri dan bersukan dengan betul untuk mencegah masalah ini daripada berulang.
Kelebihan Rawatan di PhysioCare
- Pakar tulang belakang dan sendi (Spine & Joint Specialist)
- Ahli fisioterapi berpengalaman dalam merawat kecederaan sukan dan ligament
- Rawatan individu (one-to-one session) mengikut tahap kecederaan anda
- Peralatan moden dan teknik terapi terkini
- Pemantauan progres pemulihan dari masa ke masa
Cawangan PhysioCare Berdekatan Anda
Anda boleh dapatkan rawatan untuk buku lali terseliuh di mana-mana cawangan berikut:
1. PhysioCare Seri Kembangan (Puncak Jalil)
📍 137-G, Jalan PUJ 3/9, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan
🕒 Isnin–Rabu: 9:00 AM–10:00 PM | Khamis–Ahad: 9:00 AM–6:00 PM | Jumaat: Tutup
2. PhysioCare Shah Alam
📍 20G, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam
🕒 Isnin–Rabu: 9:00 AM–7:00 PM | Khamis–Ahad: 9:00 AM–6:00 PM | Jumaat: Tutup
3. PhysioCare Kota Damansara
📍 22, Jalan Pekaka 8/4, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya
🕒 Isnin–Rabu: 9:00 AM–10:00 PM | Khamis–Ahad: 9:00 AM–6:00 PM | Jumaat: Tutup
4. PhysioCare Bangi
📍 E-6-07, Street Mall Bangi Gateway, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi
🕒 Isnin–Rabu: 9:00 AM–10:00 PM | Khamis–Ahad: 9:00 AM– 6:00 PM | Jumaat: Tutup
5. PhysioCare Kuala Lumpur (Setapak)
📍 16-G, Jalan Usahawan 7, Off Jalan Kilang, 53300 Setapak, Kuala Lumpur
🕒 Isnin–Rabu: 9:00 AM–7:00 PM | Khamis–Ahad: 9:00 AM–6:00 PM | Jumaat: Tutup
Bila Patut Jumpa Fisioterapis?
Sekiranya selepas 2–3 hari anda masih rasa sakit, bengkak tidak surut, atau sukar berjalan, jangan tunggu lama. Ini tanda ligamen anda mungkin sudah terkoyak atau tidak sembuh dengan baik. Rawatan awal di PhysioCare boleh bantu:
- Kurangkan bengkak dan sakit dengan lebih cepat
- Pulihkan pergerakan kepada normal
- Elak risiko ligament menjadi longgar (chronic ankle instability)
- Mengembalikan keyakinan untuk bersukan
Tip Penjagaan Awal di Rumah (R.I.C.E Method)
Sebelum jumpa fisioterapis, anda boleh cuba kaedah R.I.C.E:
- R (Rest): Rehatkan kaki dan elak beban berlebihan
- I (Ice): Letakkan ais selama 15–20 minit untuk kurangkan bengkak
- C (Compression): Balut dengan elastic bandage bagi sokongan
- E (Elevation): Tinggikan kaki semasa baring untuk kurangkan bengkak
Namun, langkah ini hanya pertolongan awal. Untuk pemulihan sepenuhnya, anda tetap perlukan rawatan fisioterapi professional untuk menjamin kesembuhan pada buku lali anda.
Kesimpulan: Dapatkan Rawatan Buku Lali Terseliuh di PhysioCare Hari Ini
Jangan biarkan buku lali anda terseliuh terlalu lama hingga mengganggu aktiviti harian anda. Lagi cepat anda dapatkan rawatan, lagi cepat proses pemulihan akann berlaku. Di PhysioCare, kami komited untuk membantu anda pulih dengan selamat dan berkesan sama ada anda seorang atlet, pekerja pejabat, atau warga emas.
Tempah sesi fisioterapi anda sekarang!
Klik butang WhatsApp di bawah untuk terus menempah slot rawatan dengan pasukan kami dan pilih cawangan yang terdekat anda.