Kecederaan Rotator-Cuff.

Kecederaan rotator cuff adalah perkara biasa dan ianya meningkat seiring bertambahnya usia. Ia juga mungkin boleh berlaku lebih awal pada individu yang mempunyai pekerjaan yang memerlukan pergerakan tangan dan bahu berulang kali dalam tempoh masa yang lama. Sebagai contohnya adalah pelukis dan tukang kayu.
 
Kebanyakan individu yang menghadapi penyakit rotator cuff mampu menangani gejala mereka dan kembali melakukan aktiviti harian dengan latihan terapi fizikal yang mampu meningkatkan fleksibiliti dan kekuatan otot yang mengelilingi sendi bahu tersebut.
 
Punca Berlaku Kecederaan
  • Kesan dari penggunaan seharian dan sering terjadi kepada mereka yang sering melakukan pergerakkan yang sama berulang kali.
  • Ia juga boleh terjadi jika anda terjatuh pada bahu anda
  • Mengangkat barang yang berat.
Di PhysioCare, kami menawarkan rawatan terapi dan rehabilatasi berkonsepkan manual hands-on. Pesakit yang mengalami komplikasi melibatkan sendi, otot dan tulang, boleh dirawat dengan proses rawatan yang konsisten & teratur. Dapatkan khidmat konsultasi dari pakar terapi kami secara PERCUMA. 
 
Hubungi kami segera!
 
Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.my