Kenali Sakit Arthritis.

Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan rasa kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan pada sendi. Antara punca berlakunya sakit tersebut adalah :
  • Kerosakan Sendi
  • Jangkitan kuman
  • Penyakit yang diwarisi
  • Atau sebab-sebab lain
 
Penyakit arthritis ini biasanya terbahagi kepada 4 jenis, dan yang sering dihidapi di kalangan golongan dewasa adalah :
  • Osteoarthritis (OA)
  • Arthritis rheumatoid
  • Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman
  • Gout
 
Kenalilah tanda-tanda awal penyakit ini kerana, proses pencegahan itu adalah lebih mudah dan tidak memudaratkan kepada pesakit dimasa akan datang. Berikut adalah simptom awal bagi penyakit arthritis : 
  • Sakit sendi tangan, pergelangan tangan, jari, pergelangan kaki, punggung, atau tulang belakang di bahagian bawah.
  • Sendi menjadi bengkak.
  • Sering berlaku kekejangan sendi.
  • Sukar untuk bergerak seperti biasa.
  • Selalu berasa sakit apabila bergerak.
  • Perubahan fizikan kepada sendi.
  • Lutut berbunyi bagi penyakit osteoarthritis lutut.
  • Otot betis menjadi kecut bagi penghidap osteoarthritis lutut.
  • Sakit apabila sekeliling sendi ditekan.
Di PhysioCare, kami menawarkan rawatan terapi dan rehabilatasi berkonsepkan manual hands-on. Pesakit yang mengalami sindrom diatas, boleh dirawat dengan proses rawatan yang konsisten & teratur. Dapatkan khidmat konsultasi dari pakar terapi kami secara PERCUMA. 
 
Hubungi kami segera!
 
Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.my