Kenali Sindrom Foot-Drop.

Kaki Jatuh ataupun lebih dikenali sebagai Foot Drop adalah kondisi dimana pesakit tidak mampu untuk mengangkat salah satu bahagian depan kaki atau keduanya. Sindrom Foot Drop ini biasanya adalah sakit yang terjadi untuk sementara waktu sahaja, namun begitu ia turut berpotensi menjadi kekal, bergantung pada apa punca yang menyebabkannya.
 
Apakah punca berlakunya Foot Drop ini?
Foot Drop ini sebenarnya adalah petanda awal sakit-sakit yang tersirat. Kondisi tersebut boleh berpunca dari pelbagai penyakit yang memberi kesan kepada saraf dan otot, sebagai contoh;
 
  • Pelbagai jenis Sklerosis, penyakit Lou Gehrig, ALS, atrofi otot tulang belakang, penyakit Charcot-Marie-Tooth, distrofi otot, polio ataupun cerebral palsy.
  • Strok/Angin Ahmar
  • Alzheimer
  • Parkinson
  • Diabetes/Kencing Manis
  • Kecederaan pada saraf peroneal biasa, yang mana terletak pada bahagian kaki bawah dan membantu mengawal deria rasa pergerakan kaki.
 Apakah gejala penyakit Foot Drop ini?
Individu yang mempunyai penyakit ini biasanya akan mengheret kaki mereka ketika berjalan. Mereka juga akan mengangkat lutut mereka lebih tinggi dari biasa bagi mengelakkan kaki terheret. Gejala yang lain juga adalah seperti otot lemah dan rasa kesemutan pada kaki.
 
Di PhysioCare, kami menawarkan rawatan terapi dan rehabilatasi berkonsepkan manual hands-on. Pesakit yang mengalami sindrom melibatkan sendi, otot dan tulang, boleh dirawat dengan proses rawatan yang konsisten & teratur. Dapatkan khidmat konsultasi dari pakar terapi kami secara PERCUMA. 
 
Hubungi kami segera!
 
Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.my