Kenali Sindrom Slipped Dics

Slipped Disc ini boleh diklasifikasi kepada beberapa peringkat iaitu akut, kronik dan berulang. Sakit akut secara amnya terjadi selepas bersin, batuk yang kuat, mencangkung dalam tempoh masa yang lama, atau, apabila mengangkat sesuatu barang berat dari lantai dengan cara yang salah.
 
Antara punca berlaku Slipped Disc adalah :
  • Perubahan kepada disc.
  • Kecederaan otot.
  • Postur badan yang tidak betul.
  • Patah tulang belakang – jarang berlaku.
  • Kelemahan otot stabiliti.
 Kenali sindrom Slipped Dics, pesakit akan mengalami :
  • Sakit belakang.
  • Sindrom sciatica – Rasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota bawah.
  • Cauda equina syndrome – Kegagalan mengawal air besar atau air kencing.
 Bagaimana rawatan fisioterapi mampu membantu?
  • Untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami.
  • Untuk menguatkan otot belakang dan abdominal.
  • Untuk mengekalkan dan meningkatkan julat pergerakan badan.
  • Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit.
 Di PhysioCare, kami menawarkan rawatan terapi dan rehabilatasi berkonsepkan manual hands-on. Pesakit yang mengalami sindrom tersebut, boleh dirawat dan dipulihkan seperti sedia kala dengan rawatan yang berterusan. Dapatkan khidmat konsultasi dari terapi pakar kami secara PERCUMA. Untuk memahami dengan lebih lanjut.
 
Hubungi kami segera :
Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.my