Punca Strok: Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat

STROKE
Punca Strok: Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat

Strok atau angin ahmar adalah penyebab utama kematian dan kecacatan di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Ia berlaku apabila bekalan darah ke otak terganggu, mengakibatkan kerosakan sel otak yang membawa kepada komplikasi serius seperti lumpuh, masalah pertuturan dan kehilangan fungsi kognitif. Memahami punca-punca ini adalah merupakan langkah penting dalam pencegahan strok.

Berikut adalah beberapa punca utama yang menyumbang kepada risiko strok:

Punca-Punca Utama Penyakit Strok

  1. Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi): Faktor risiko terbesar untuk strok. Tekanan darah yang tinggi memberi tekanan yang berlebihan pada saluran darah boleh meningkatkan risiko arteri tersumbat atau pecah.
  2. Kolesterol Tinggi: Kolesterol yang berlebihan boleh membentuk plak di dalam saluran darah dan menyebabkan aliran darah ke otak terganggu.
  3. Kencing Manis (Diabetes): Paras gula yang tinggi dalam darah merosakkan saluran darah dan meningkatkan risiko pembekuan darah.
  4. Merokok: Rokok mengandungi bahan kimia yang merosakkan saluran darah dan meningkatkan risiko pembentukan darah beku.
  5. Obesiti:Berat badan berlebihan atau obesiti sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan diabetes yang boleh meningkatkan risiko strok.
  6. Penyakit Jantung: Masalah seperti fibrilasi atrium boleh menyebabkan pembentukan darah beku. Ia boleh bergerak melalui aliran darah ke bahagian- bahagian tubuh, termasuk otak.
  7. Gaya Hidup Tidak Sihat: Pemakanan tidak seimbang, kurang bersenam dan pengambilan alkohol berlebihan menyumbang kepada pelbagai faktor risiko strok.
  8. Faktor Genetik: Jika anda mempunyai sejarah keluarga strok, anda mudah terdedah kepada risiko yang lebih tinggi.
  9. Usia: Risiko strok meningkat seiring usia, tetapi ia juga boleh berlaku kepada golongan muda akibat gaya hidup tidak sihat.
  10. Tekanan Emosi Berlebihan: Tekanan kronik yang berlarutan boleh meningkatkan tekanan darah dan mempercepatkan risiko strok.

Tanda-Tanda Strok: Bertindak Cepat Menyelamatkan Nyawa

Kenali tanda-tanda strok adalah penting untuk mendapatkan rawatan segera. Gunakan akronim “FAST”:

  • Face (Muka): Sebelah muka mungkin jatuh atau kebas.
  • Arms (Lengan): Satu lengan mungkin lemah atau tidak dapat diangkat.
  • Speech (Pertuturan): Pertuturan mungkin tidak jelas atau sukar difahami.
  • Time (Masa): Segera hubungi ambulans jika anda melihat tanda-tanda awal ini.

Langkah Pencegahan Strok

Walaupun strok adalah keadaan serius, ia boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:

  • Awasi tekanan darah melalui pemeriksaan berkala.
  • Amalkan diet rendah kolesterol dan tinggi serat.
  • Berhenti merokok dan hadkan pengambilan alkohol.
  • Kekalkan berat badan yang ideal dengan mempraktikkan senaman teratur.
  • Kawal paras gula jika anda menghidap diabetes.
  • Kurangkan tekanan dengan teknik relaksasi seperti meditasi atau yoga.

Pemulihan Strok: Harapan Untuk Kehidupan Lebih Baik

Bagi mereka yang telah mengalami strok, pemulihan adalah proses penting untuk mendapatkan semula fungsi tubuh dan minda. Rehabilitasi melibatkan fisioterapi, terapi pekerjaan, terapi pertuturan dan sokongan psikologi.

PhysioCare Rehab: Rakan Anda Dalam Pemulihan Strok

Jika anda sedang mencari pusat rehabilitasi yang komprehensif untuk pemulihan strok, Pemulihan PhysioCare adalah pilihan terbaik anda. Dengan pasukan pakar fisioterapi berpengalaman, PhysioCare menyediakan rawatan yang disesuaikan untuk membantu pesakit mendapatkan semula kekuatan fizikal dan keyakinan diri mereka.

Kenapa Pilih PhysioCare Rehab?

  • Program rehabilitasi khusus untuk pesakit strok.
  • Terapi manual untuk melegakan ketegangan otot.
  • Latihan keseimbangan dan mobiliti untuk meningkatkan kualiti hidup.
  • Sokongan psikologi untuk membantu pesakit menghadapi cabaran emosi selepas strok.

Kami mempunyai beberapa cawangan di Malaysia untuk kemudahan anda, termasuk:

  • Kuala Lumpur
  • Shah Alam
  • Kota Damansara
  • Seri Kembangan
  • Bangi

Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan kami atau membuat temujanji, layari laman web rasmi kami. Kami komited untuk membantu anda hingga mencapai pemulihan sepenuhnya!

Kesimpulannya

Strok bukanlah sesuatu penyakit yang boleh dipandang ringan. Oleh itu, dengan memahami punca-punca utama dan mengambil langkah pencegahan awal, kita dapat mengurangkan risiko penyakit ini. Jika anda atau orang tersayang memerlukan bantuan dalam pemulihan selepas strok, PhysioCare Rehab sedia membantu anda setiap langkah perjalanan pemulihan. Jangan tunggu sehingga terlambat! Kesihatan anda adalah aset yang paling berharga!

Penafian:

Artikel ini mengandungi maklumat am sahaja dan tidak mengambil kira kesihatan, situasi peribadi atau keperluan mana-mana orang. Bersempena dengan doktor anda atau merawat profesional penjagaan kesihatan, sila pertimbangkan sama ada maklumat itu sesuai untuk anda dan keadaan peribadi anda.

Tatal ke Atas

Panggil

Untuk Pertanyaan

WhatsApp

Hubungi Kami Pada Bila-bila Masa

Lokasi

5 BRANCHES