Plantar Fasciitis (Sakit Tumit Kaki)

Plantar fasciitis adalah salah satu punca penyebab sakit tumit yang paling biasa terjadi. Ia melibatkan keradangan tisu tebal yang melalui bahagian bawah kaki dan menghubungkan tulang tumit anda ke jari kaki.
 
Kebiasaannya ia akan menyebabkan rasa sakit yang menusuk dan biasanya juga ia akan berlaku sewaktu langkah pertama anda pada waktu pagi. Namun semasa anda bangun dan bergerak, rasa sakit biasanya akan berkurang, tetapi ia mungkin juga akan kembali apabila anda berdiri lama atau ketika anda bangun berdiri daripada duduk.
 
Penyakit ini juga lebih kerap berlaku pada individu yang sering melakukan aktiviti larian. Individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan mereka yang memakai kasut dengan sokongan yang tidak mencukupi juga mempunyai risiko tinggi berlaku plantar fasciitis. Malahan, ianya juga biasa berlaku pada individu yang berumur 40 tahun hingga 60 tahun.
 
Mengabaikan penyakit ini boleh menyebabkan berlakunya sakit tumit yang lebih kronik dan menghalang aktiviti harian anda. Oleh yang demikian, segeralah berjumpa pakar fisioterapi.
Di PhysioCare, kami menawarkan rawatan terapi dan rehabilatasi berkonsepkan manual hands-on. Pesakit yang mengalami komplikasi melibatkan sendi, otot dan tulang, boleh dirawat dengan proses rawatan yang konsisten & teratur. Dapatkan khidmat konsultasi dari pakar terapi kami secara PERCUMA. 
 
Hubungi kami segera!
 
Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.my