Postur Tubuh Badan Yang Betul

Mungkin anda mudah dan selalu rasa sengal atau lenguh-lenguh pada sendi tubuh badan anda. Tahukah anda bahawa sebenarnya, anda mungkin telah tersalah teknik dalam mengamalkan postur tubuh badan. Kedudukan postur ini perlulah betul dan tepat pada setiap masa tidak kira ketika sedang berdiri, duduk mahupun ketika tidur. 

Menurut National Institutes of Health (NIH), terdapat 2 jenis postur badan iaitu:
  • Statik: Posisi tubuh badan ketika tidak bergerak.
  • Dinamik: Posisi tubuh badan ketika sedang bergerak.

Postur yang bagus akan mampu menyokong sendi, otot, tendon, ligamen dan juga tulang belakang anda agar tidak terjejas ketika sesuatu aktiviti dilakukan. Oleh yang demikian, setiap anggota tubuh badan termasuklah leher, bahu, lutut, pinggul, belakang dan lain-lain perlu dijajarkan dengan baik dan betul.
Jika tidak, maka akan berlakulah pelbagai impak negatif seperti tulang belakang bengkok (skoliosis) yang akan menjejaskan kehidupan seharian anda.

Di PhysioCare, kami menawarkan rawatan terapi khusus untuk individu yang mengalami sakit belakang dan sengal-sengal pada sendi otot. Dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang fisioterapi, kami yakin mampu untuk membantu mengurangkan sakit yang anda alami. 

Hubungi kami segera :

Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.m