Punca Sakit Bahu Beku

Kekakuan bahu (frozen shoulder)
 
Rasa kaku di bahagian bahu atau nama saintifiknya adhesive capsulitis, lazimnya selalu berlaku pada individu yang sekitar usia 50 hingga 60-an. Penyakit ini jarang berlaku pada individu yang berumur bawah 40 tahun, namun kajian mendapati ramai para wanita menghidapinya berbanding pesakit lelaki.
 
Kadar prevalens sepanjang hayat untuk berlakunya kekakuan bahu untuk populasi umum adalah sekitar 2% hingga ke 5%.
 
Antara simptom untuk keadaan ini adalah:
  1. Rasa sakit bahu yang teruk.
  2. Terhad dalam jurang pergerakan sendi bahu, seakan-akan kaku.
 
Simptom-simptom di atas akan bertambah teruk secara sedikit-sedikit sebelum kemudiannya surut. Progres penyakit ini juga boleh mengambil masa sekitar tiga tahun. Rasa sakit ini boleh menjadi sangat teruk sehingga mengganggu waktu tidur anda.
 
Terdapat beberapa penyakit atau faktor yang boleh meningkatkan risiko anda untuk menghidapnya. Antaranya adalah seperti berikut:
 
  • Diabetes.
  • Strok (angin ahmar).
  • Pasca pembedahan membuang payudara.
  • Penyakit jantung.
  • Penyakit Alzheimer.
  • Hipertiroid.
 
Di PhysioCare, kami menawarkan rawatan terapi dan rehabilatasi berkonsepkan manual hands-on. Pesakit yang mengalami sindrom tersebut, boleh dirawat dan dipulihkan seperti sedia kala dengan rawatan yang berterusan. Dapatkan khidmat konsultasi dari terapi pakar kami secara PERCUMA. Untuk memahami dengan lebih lanjut.
 
 
Hubungi kami segera :
Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.my