Sakit Siku – Tennis Elbow

Sakit pada siku biasanya adalah sakit Tennis Elbow, dan ianya berpunca daripada kekoyakkan kecil  dan keradangan pada pelekatan permulaan tiga otot tangan pada bahagian siku pesakit.
 
Individu yang mengalami masalah Tennis Elbow ini biasanya mengadu kesakitan di bahagian siku sebelah luar, terutamanya ketika menggenggam sesuatu menggunakan tangan. Kesakitan ini akan menjadi semakin teruk dan kronik apabila pesakit cuba menggenggam tangan sambil membengkokkan sendi pergelangan tangan dengan pergerakkan umpama melakukan backhand, contohnya semasa bermain badminton atau tennis.
 
Majoriti pesakit yang mengalami masalah Tennis Elbow ini sembuh dengan rawatan secara konservatif iaitu tanpa melakukan sebarang pembedahan.
 
Antara rawatan yang melibatkan adalah seperti:
  1. Mengubah cara hidup atau aktiviti seharian.
  2. Mengambil ubat anti-radang bagi mengurangkan keradangan.
  3. Mengambil ubat tahan sakit hanya bila perlu sahaja.
  4. Mengambil suntikan steroid. 
  5. Melakukan sesi rawatan fisioterapi
Kesimpulannya, sakit Tennis Elbow ini adalah keadaan yang boleh sembuh sekiranya dirawat dengan betul. Bagi mana-mana individu yang mengalami simptom sebegini, Pusat Rawatan PhysioCare menawarkan rawatan terapi dan rehabilatasi berkonsepkan manual hands-on. Pesakit yang mengalami sindrom tersebut, boleh dirawat dan dipulihkan seperti sedia kala dengan rawatan yang berterusan. Dapatkan khidmat konsultasi dari terapi pakar kami secara PERCUMA.
 
Untuk memahami dengan lebih lanjut.
 
Hubungi kami segera :
Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.my