Simptom Penyakit Bell’s Palsy

“Bells palsy” adalah satu keadaan yang menyebabkan satu sisi muka seseorang menjadi lemah. Ini boleh berlaku apabila salah satu daripada saraf yang mengawal otot-otot di muka menjadi rosak atau berhenti berfungsi. Kerosakan saraf ini biasanya berlaku apabila saraf menjadi bengkak atau meradang kerana jangkitan dengan virus. Kebanyakan orang yang menghidapi Bell’s palsy pulih sepenuhnya namun masih adae sesetengah individu mempunyai gejala Bell’s palsy sepanjang hayatnya.
 
Punca terjadi penyakit ini masih tidak diketahui, namun ramai pengkaji perubatan percaya bahawa Bell’s palsy dirangsang oleh jangkitan virus. Bell’s palsy boleh terjadi pada pelbagai peringkat umur, tetapi keadaan ini mudah berlaku pada mereka yang berumur antara 16 hingga 60 tahun.
 
Simptom-simptom lain Bell’s palsy termasuklah:
  • Air liur meleleh.
  • Kesukaran untuk makan dan minum.
  • Kesukaran untuk senyum atau mengerut muka.
  • Otot muka menjadi lemah.
  • Otot muka bergerak-gerak tanpa dapat dikawal.
  • Mata dan mulut menjadi kering.
  • Sakit kepala.
  • Sensitif kepada bunyi.
  • Keradangan mata.
 
Faktor untuk seseorang individu mendapat Bell’s palsy meningkat sekiranya :
  • Hamil.
  • Mempunyai penyakit kencing manis.
  • Jangkitan kuman pada paru-paru.
  • Sejarah keluarga.
 
Di PhysioCare, kami menawarkan rawatan terapi dan rehabilatasi berkonsepkan manual hands-on. Pesakit yang mengalami sindrom tersebut, boleh dirawat dan dipulihkan seperti sedia kala dengan rawatan yang berterusan. Dapatkan khidmat konsultasi dari terapi pakar kami secara PERCUMA. Untuk memahami dengan lebih lanjut.
 
 
Hubungi kami segera :
Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.my