Tanda Awal Berlaku Parkinson

Penyakit Parkinson adalah satu penyakit saraf yang mudah untuk terjadi di kalangan warga emas.
Perkara ini adalah disebabkan oleh kerosakkan sel otak yang mengakibatkan pengurangan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamin.
 
Antara tanda-tanda awal berlakunya penyakit ini adalah seperti berikut:
 
  • Menggeletar (pada jari, tangan, kaki, rahang dan / atau muka)
  • Kaku pada anggota badan (tangan, kaki dan / atau tubuh badan – Rigidity)
  • Pergerakan badan yang perlahan (Bradykinesia)
  • Masalah ketidakseimbangan postur dan kordinasi badan yang boleh mengakibatkan jatuh.
 
Apabila penyakit bertambah serius, gejala ini akan mempengaruhi aktiviti kehidupan harian.
Ianya turut menyebabkan pesakit susah berjalan, bercakap ataupun melakukan kerja-kerja yang mudah. Penyakit ini merupakan penyakit yang kronik dan progresif. namun bukanlah sejenis penyakit yang berjangkit. Ia adalah keadaan dimana daya kawalan otot seseorang itu merosot dengan teruk sehingga pesakit tidak mampu lagu untuk menguruskan diri sendiri. Para penyelidik telah mengenal pasti kerosakan sel otak yang menyebabkan pengurangan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamin merupakan penyebab utama penyakit ini.
 
Senaman yang betul boleh membantu pesakit Parkinson melalui:
  • Membantu mengawal pergerakan dengan lebih baik.
  • Mengurangkan masalah gaya berjalan dan kecederaan sendi/otot.
  • Meningkatkan fleksibiliti.
  • Meningkatkan kekuatan otot dan keseimbangan diri.
  • Meningkatkan tenaga, stamina dan kesihatan jantung pesakit.
 
Di PhysioCare, kami menawarkan rawatan terapi dan rehabilatasi berkonsepkan manual hands-on. Pesakit yang mengalami sindrom tersebut, boleh dirawat dan dipulihkan seperti sedia kala dengan rawatan yang berterusan. Dapatkan khidmat konsultasi dari terapi pakar kami secara PERCUMA. Untuk memahami dengan lebih lanjut.
 
 
Hubungi kami segera :
Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.my