Tulang Belakang Bengkok.

Pernah tak anda bayangkan bagaimana keadaan jika mengalami masalah tulang belakang yang bengkok seperti bentuk S? Sakitnya keadaan tersebut, memang tidak terkata.
 
Penyakit ini turut dikenali sebagai Skoliosis dimana keadaan tulang belakang pesakit akan membengkok samada ke sebelah kiri atau ke  sebelah kanan. Ianya sering berlaku ketika fasa tumbesaran paling laju iaitu ketika awal remaja.
 
Berikut adalah tanda-tanda seseorang mengalami Skoliosis :
 
1. Paras bahu yang tidak sama tinggi.
2. Sebelah bahagian tulang belikat lebih tinggi dari sebelah yang lain.
3. Sebelah bahagian tulang belikat kelihatan lebih jelas berbanding sebelah yang lain.
4. Posisi pinggang sebelah kanan dan kiri tidak sama paras.
5. Apabila membongkok ke hadapan, bahagian belakang tidak lurus dan tidak sama paras antara belakang kanan dan kiri.
 
Ianya turut disusuli dengan gejala seperti berikut :
 
  1. Sakit belakang dan selalu rasa lenguh.
  2. Rasa kebas atau lemah pada kaki.
  3. Kesukaran pernafasan.
Di PhysioCare, kami menawarkan rawatan terapi dan rehabilatasi berkonsepkan manual hands-on. Pesakit yang mengalami sindrom diatas, boleh dirawat dengan proses rawatan yang konsisten & teratur. Dapatkan khidmat konsultasi dari pakar terapi kami secara PERCUMA. 
 
Hubungi kami segera!
 
Telefon : 03 – 8999 4142
E-Mel : contact@physiocare.com.my
Website : www.physiocare.com.my