- Utama
- Perkhidmatan
Perkhidmatan
Di PhysioCare Rehab, kami menawarkan rangkaian perkhidmatan fisioterapi khusus. Matlamat kami adalah untuk menyediakan rawatan yang disasarkan dan berkesan yang menangani kebimbangan kesihatan khusus anda dan meningkatkan kesejahteraan keseluruhan anda.
Mengenai Perkhidmatan Kami
Menangani Kesakitan dan Meningkatkan Mobiliti
Perkhidmatan kami terdiri daripada menguruskan keadaan seperti gangguan muskuloskeletal dan saraf, kepada merawat kecederaan sukan dan membantu pemulihan pra-selepas pembedahan. Kami juga menyediakan sokongan khusus untuk keadaan kanak-kanak dan warga tua.
Perkhidmatan Kami
Perkhidmatan Fisioterapi Komprehensif
Sakit Tulang, Otot dan Sendi
Melegakan kesakitan, meningkatkan mobiliti dalam tulang dan otot.
Stroke dan Lumpuh
Rawatan khusus untuk meningkatkan fungsi neurology, dan kualiti hidup.
Rawatan Kecederaan Sukan
Pemulihan kecederaan sukan secara sistematik supaya anda boleh kembali bersukan dengan potensi sebenar anda.
Rawatan Sebelum/Selepas Pembedahan
Rawatan fisioterapi yang menyediakan badan anda sebelum pembedahan serta rawatan selepas pembedahan untuk kembali kepada fungsi optimum asal secara pantas.
Rawatan Kanak-Kanak/Pediatrik
Fisioterapi untuk rehabilitasi motor dan cara kerja bagi kanak-kanak.
Rawatan Warga Emas
Fisioterapi yang fokus kepada kesakitan yang berkait dengan penuaan supaya lebih sihat dan selesa pada perlanjutan usia.
Soalan Lazim
Bahagian Soalan Lazim (FAQ) kami direka untuk menjawab soalan-soalan umum tentang perkhidmatan PhysioCare Rehab. Informasi komprehensif ini akan membantu Anda mengambil keputusan rawatan anda bersama PhysioCare dengan penuh keyakinan.
Rawatan fisioterapi dengan kaedah efektif oleh pegawai bertauliah yang akan mengatur rehabilitasi anda sehingga ke tahap pemulihan optimum.
Biasanya, sesi berlangsung sekitar 1 - 2 jam terpulang pada keadaan yang dirawat serta tahap kesakitan yang dialami.
Tidak. Anda boleh terus menempah sesi rawatan bersama pakar PhysioCare. Walaubagaimanapun, untuk rawatan di bawah liputan insurans, ia tertakluk pada syarat2 insurans yang di antara memerlukan surat rujukan.
Kekerapan dan jumlah sesi yang diperlukan untuk mencapai matlamat rawatan berbeza dari satu ke satu pesakit yang lain. Ini akan diterangkan oleh fisioterapis anda selepas penilaian awal pada sesi pertama anda.
Ya Ia Selamat. Rawatan fisioterapi di PhysioCare adalah berasaskan kaedah terbukti berkesan dan selamat dari aspek perubatan.
Ya. Pakar terapi kami berpengalaman dalam merawat pelbagai keadaan, daripada kecederaan akut kepada isu kronik.
Kesedaran fisioterapi kini telah meluas. Kebanyakan insurans memberikan liputan bagi rawatan fisioterapi. Antara insurans yang PhysioCare panelkan termasuk PMCare, ASP Medical, Health Connect, Compumed, Medkad, Health Metrics, Medilink Global dan Programme Return to Work Perkeso.
Fisioterapi berperanan untuk mengurangkan sakit anda. Kesan tekanan boleh terasa setelah rawatan di mana ia diikuti dengan kelegaan sakit yang dialami.